Kad jemputan perkahwinan adalah pengumuman rasmi bagi meraikan hari bahagia pasangan pengantin dan memberikan gambaran awal mengenai majlis yang bakal berlangsung.
Pemilihan ayat yang sesuai amat penting supaya maklumat majlis disampaikan dengan jelas, di samping mencerminkan personaliti dan konsep majlis anda. Sama ada formal, santai, tradisional atau moden, berikut adalah beberapa contoh ayat jemputan yang boleh dijadikan panduan.
(Untuk kedua-dua ibu dan bapa pengantin menjemput)
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami
[Nama Bapa] & [Nama Ibu]
Dengan segala hormatnya dan sukacitanya menjemput
Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
.................................................................................
suami/isteri & seisi keluarga
ke majlis perkahwinan anakanda/putera/puteri kami
[Nama Pengantin Perempuan]
dengan pasangannya
[Nama Pengantin Lelaki]
yang akan berlangsung pada:
[Tarikh]
[Masa]
[Lokasi Majlis]
Kehadiran serta doa restu anda amat kami hargai.
(Untuk keadaan salah seorang ibu atau bapa telah meninggal dunia)
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami
[Nama Bapa/Ibu]
dan seisi keluarga
Dengan segala hormatnya menjemput
Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
.................................................................................
suami/isteri & seisi keluarga
ke majlis perkahwinan anakanda tersayang
[Nama Pengantin Perempuan]
dengan pasangannya
[Nama Pengantin Lelaki]
yang akan berlangsung pada:
[Tarikh]
[Masa]
[Lokasi Majlis]
Kehadiran serta doa restu anda amat kami hargai.
(Untuk kedua-dua pasangan ibu dan bapa pengantin menjemput)
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami
[Nama Ibu-Bapa Pengantin Perempuan]
&
[Nama Ibu-Bapa Pengantin Perempuan]
Dengan segala hormatnya dan sukacitanya menjemput
Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
.................................................................................
suami/isteri & seisi keluarga
ke majlis meraikan penyatuan anakanda kami
[Nama Pengantin Perempuan]
dengan pasangannya
[Nama Pengantin Lelaki]
yang akan berlangsung pada:
[Tarikh]
[Masa]
[Lokasi Majlis]
Besar harapan kami agar kehadiran dan doa restu anda akan menyerikan lagi hari yang penuh bermakna ini.
(Untuk kedua ibu-bapa yang telah meninggal dunia)
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami
[Nama Ahli keluarga/Penjaga]
dan seisi keluarga
Dengan segala hormatnya menjemput
Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
.................................................................................
suami/isteri & seisi keluarga
ke majlis perkahwinan
[Nama Pengantin Perempuan]
dengan pasangannya
[Nama Pengantin Lelaki]
yang akan berlangsung pada:
[Tarikh]
[Masa]
[Lokasi Majlis]
Kehadiran serta doa restu anda amat bermakna dan dihargai dalam meraikan hari istimewa ini.
Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami
[Nama bapa Pengantin ]
&
[Nama Ibu Pengantin ]
Sekapur Sireh, Seulas Pinang, Semekar Senyuman Seikhlas Hati,
Dengan Rasa Penuh Kesyukuran Kami Mengundang
Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
.................................................................................
ke majlis perkahwinan [putera/puteri] kami bagi merasmikan
tambatan janji, Izin berwali, Ijab bersaksi, antara dua hati,
anakanda kami;
[Nama Pengantin]
dengan pasangannya
[Nama Pengantin]
yang akan berlangsung pada:
[Tarikh]
[Masa]
[Lokasi Majlis]
Semoga dengan kehadiran Tuan / Puan akan menyerikan lagi majlis kami Dan diucapkan ribuan terima kasih
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
[Nama Ibu-bapa Pengantin ]
Dengan undangan seribu kenangan, mengalu-alukan kunjungan
Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
.................................................................................
ke majlis perkahwinan [putera/puteri] kami
[Nama Pengantin]
dengan pasangannya
[Nama Pengantin]
yang akan berlangsung pada:
[Tarikh]
[Masa]
[Lokasi Majlis]
Semoga dengan kehadiran Tuan / Puan akan menyerikan lagi majlis kami Dan diucapkan ribuan terima kasih
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Syukur kehadrat Allat swt kerana dengan
keredhaan dan keizinanNya kami
[Nama Ibu-bapa Pengantin ]
menjemput Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
.................................................................................
suami/isteri serta keluarga
untuk menyerikan Majlis Raja Sehari Puteri/Putera kami
[Nama Pengantin]
dengan pasangannya
[Nama Pengantini]
bertahtakan adat dan bersendikan sunnah Rasul,
memadu pertemuan dua hati, mendirikan istana kasih
pada hari
[Tarikh]
[Masa]
[Lokasi Majlis]
Beras kunyit kami taburi, air mawar direnjis wangi, berkembang kasih
menabur budi, undangan kami setulus hati, harap sudi datang mera’i, semoga Allah memberkati. Terima kasih, wassalam.
Dengan penuh kesyukuran, kami
[Nama Pengantin Lelaki & Nama Pengantin Perempuan]
dengan sukacitanya menjemput
Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik
.................................................................................
untuk bersama meraikan hari bahagia kami
pada hari
[Tarikh]
[Masa]
[Lokasi Majlis]
Semoga dengan kehadiran anda akan menyerikan lagi majlis ini.